Lets go on diet girls :)



                                

                             

 Assalamualaikum.Sekarang kan tengah cuti kan?Mesti semua perempuan takut berat bertambah.Ya lah kalau kat rumah makan banyak sikit berbanding makan kat sekolah.Kadang-kadang tak makan pun kat sekolah.Termasuklah saya ni takut weyh....So sekarang ni tengah diet gitu lah..Tapi kalau diet salah cara,tak guna jugak.So masa boring2 tadi,search lah pasal diet Rasulullah.Banyak benda yang tak tahu dah jadi tahu dah.RUPA-RUPANYA ;



  • Kita tak boleh makan makanan darat dengan makanan laut ex: ayam dan ikan.Its a no-no..
  • Tak boleh makan ikan dengan susu.Okay ni sumpah tak tahu.Tapi ada ke masakan yang ada gabungan ikan dan susu?Tah lah tak pasti sebab saya tak suka ikan.Tapi yang pasti tak boleh.
  • Tak boleh makan buah-buahan dengan susu.Sedih gila dengar.I love to eat koktel..Sekali tak boleh.Ouh yeah yang i kata tak boleh tu bukan means haram,maksudnya akan bawa kesan negatif macam penyakit and so on.
                                        
  • Bawang putih dan merah tak boleh digandingkan bersama.Ouh nilah yang selalu terjadi dalam masakan Melayu.Wont miss liddat.
  • Jangan makan ikan dengan cuka dan jangan makan susu bersama cuka.
Cara makan: 

  • Jangan makan buah setelah makan nasi.Hmm kita ni terlalu terbawa-bawa dengan English style.Diorang kan jadikan buah-buahan like koktel tu as dessert.So kita pun ikut.Sebenarnya tak digalakkan gaya pemakanan macam tu.Buah separutnya dimakan semasa perut kosong sebab buah senang dihadam.However,if we take them after main meals ,it will cause the fermentation due to the late digestion.Zat akan rosak dan mengakibatkan kembung perut.
  • Kalau kita nak tidur lepas makan tengahari pun kita kena tunggu about one hour.Terlalu cepat tidur selepas makan akan melambatkan penghadaman,mengeluarkan banyak gas,sukar buang air besar dan menyebabkan mulut berbau.Disyorkan tidur mengiring ke kanan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah bagi mengelakkan bahagian kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman.
  • Ha ni lagi satu point penting.Jangan tinggal makan malam.Semua orang yang diet mesti nak skip dinner.Tau tak dinner ni kalau ditinggalkan akan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan cepat dan kolestrol dalam badan akan bertambah.Kadar metabolisma turut akan menurun.
Antara amalan kesihatan yang wajar diamalkan :

  • Mandi pagi sebelum Subuh,air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah,membuatkan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen dengan kadar yag cepat lalu mengakibatkan pengucupan otot ataupun kontraksi otot gitu lah.Kontraksi otot akan dapat membakar lemak dalam tubuh.Lagipun kalau mandi pagi secara naturalnya kita akan menggigil sebagai refleksi kepada air sejuk tadi tu .Dengan menggigil lemak dibakar dan menghasilkan tenaga dan haba.Hence,kita dapat kurangkan penimbunan lemak dengan mandi pagi.
  • Jilat jari selepas makan.Saintis pun dah buktikan bahawa kat celah-celah jari ni banyak enzim iaitu 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur.
Kalau ada kawan-kawan yang baca post ni,janganlah bersikap skeptikal dengan mengatakan saya bajet nak tunjuk pandai pasal diet-diet ni.Saya hanya mengongsikan apa yang saya ketahui.

Sabda nabi : ''Ilmu itu milik Allah,barang siapa yang menyebarkan ilmu demi kebaikan.Insyallah,Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya''

Is it clear enough?So to whom that go on diet,this is some tips used by Rasulullah that you can refer to.Okay i have to make a move.Once again Goodluck!